Havaianas Terlibat Dalam Skandal Rasuah? - Glam Malaysia

Havaianas Terlibat Dalam Skandal Rasuah?

Jika kamu peminat tegar percutian ala beach holidays, pasti kamu kenali jenama selipar flip-flop dari Brazil ini. Havaianas sememangnya bersinonim matahari, pantai dan ombak!

 

 

Dilahirkan pada tahun 1962, ia hanya menjadi kegilaan penggemar vibe tropikal pada awal abad ke-21. Ia terus menjadi kesukaan orang ramai di seluruh dunia, dari selebriti seperti Miley Cyrus, hinggakan mereka yang mahu bergaya ketika bercuti di Bali.

 

Selipar ikonik ini dikhabarkan telah dijual dengan nilai lebih £844 juta, bersamaan lebih RM4.72 billion. Hal demikian bersebabkan jenama tersebut ingin melunaskan hutang berkaitan skandal rasuah. Business Insider melaporkan bahawa J&F Investimentos merupakan syarikat yang memegang jenama tersebut dan mereka telah memberi pendapatannya kepada tiga pihak perbankkan yang berbeza di Brazil.0

 

Keputusan untuk menjual syarikat tersebut dibuat selepas Josley dan Wesley Batista mengaku bahawa mereka telah suap rasuah kepada ahli-ahli politik dan mengambil pinjaman kerajaan sebagai pertukaran.