Hari Pertama Putera George Di Nursery School

Hari Pertama Putera George Di Nursery School

Oleh: Mujahid Saddam

 

PrinceGeorgeGambar: Kensington Palace

 
Putera George mulakan hari pertama di nursery school! Aksi comel putera kesayangan ramai itu dirakam bondanya, Kate Middleton dan ditayangkan kepada umum menerusi akaun rasmi Kensington Palace.
 

PrinceGeorge2Gambar: Kensington Palace

 

Menyarungkan jaket navy blue serta beg sandang rona biru langit, gelagat Putera George di perkarangan Westacre Montessori School itu cukup memikat hati. Kehadiran putera tersebut diiringi Putera William dan Kate Middleton.

 

Mengambil lokasi berdekatan mahligai keluarga diraja itu, Westacre Montessori turut merupakan nursery school yang dihadiri Putera William dan Putera Harry sewaktu kecil.