Halima Aden Ditemubual Oleh Supermodel dan Idolanya, Iman - Glam Malaysia

Halima Aden Ditemubual Oleh Supermodel dan Idolanya, Iman

Halima Aden untuk Cr Fashion Book Isu Ke-10
Foto: Mario Sorrenti/CR Fashion Book

Halima Aden yang telah memegun orang ramai semasa pertunjukan fesyen Yeezy Season 5 baru-baru ini dengan penampilannya yang berhijab juga telah menarik minat orang ramai sebelum ini semasa beliau menjadi wanita Muslim berhijab pertama yang bertanding untuk Miss USA sebelum ini.

 

Model Muslim muda ini turut menjadi penghias muka hadapan sebuah majalah fesyen CR Fashion Book untuk Isu Ke-10 mereka selepas Carine Roitfeld sendiri tertarik dengan wanita muda ini dan percaya yang Halima mempunyai masa depan yang cerah dalam industri ini.

 

Halima Aden untuk Cr Fashion Book Isu Ke-10
Foto: Mario Sorrenti/CR Fashion Book

Di dalam Isu Ke-10 CR Fashion Book itu Halima ditembual oleh idolanya yang juga merupakan seorang supermodel veteran dari Somalia, Iman.

 

Kedua-dua wanita tersebut membincang bagaimana mereka cuba mengubah persepsi masyarakat global terhadap wanita Muslim yang digambarkan sebagai golongan yang terkongkong.

See also
Paris Fashion Week SS19: Penampilan Istimewa Selebriti-Selebriti Ternama

 

Halima Aden untuk Cr Fashion Book Isu Ke-10
Foto: Mario Sorrenti/CR Fashion Book

Halima menerangkan sokongan yang diterimanya ketika menyertai pertandingan Miss USA sebelum ini meelambangkan kebebasan bagi dirinya untuk memilih.

 

“Sebagai seorang wanita Muslim, orang ramai mempunyai tanggapan bahawa saya menentang wanita yang memakai bikini. Tidak, saya mahukan wanita berupaya untuk merasa selesa dan yakin tidak kira pakaian apa pun yang mereka pakai,” terang Halima lagi.

 

Apabila ditanya mengenai kritikan yang diterimanya pula Halima hanya ingin menyatakan:

Hey, I’m not a perfect Muslim.

Orang ramai menganggap beliau sebagai seorang yang sempurna untuk mewakili komuniti Islam sehinggakan orang meninggalkan komen seperti “Oh, you don’t have your neck covered, you’re not a Muslim!

 

“Jangan menilai golongan wanita, terutamanya kalau anda seorang lelaki kerana anda tidak tahu tanggungjawab yang ada dengan memakai hijab.”