Hailey Baldwin Enggan Digelar "Insta Model" - Glam Malaysia

Hailey Baldwin Enggan Digelar “Insta Model”

Model dan personaliti Hailey Baldwin melarang sesiapa sahaja untuk menggunakan gelaran “Insta Model” atau “Insta Star” terhadap dirinya.

 

Baldwin dalam satu temubual baru-baru ini menyatakan yang dia mahu diambil serius dalam industri ini sebagai seorang model.

 

“Ia tidak adil kerana saya bekerja keras untuk sampai ke tahap ini dan membuktikan ini yang saya mahu lakukan. Saya mahu menjadi seorang model,” nyata Baldwin. “Saya enggan menjadi seorang ‘Insta Model’ dan saya bukan seorang ‘Insta Model.’

 

“Saya tidak rasa saya boleh sampai ke tahap ini jika mereka tidak nampak potensi yang ada pada saya.”

 

Dia kemudian menerangkan kenapa dia sering berkongsikan foto-fotonya sedang bergaya pada akaun Instagramnya:

 

“Saya meletakkan semua foto modeling saya di Instagram kerana saya ingin berkognsikan dengan orang ramai. Ia bukan perihal saya dibayar untuk memperagakan sesuatu di Insatgram–sudah tentu, kadangkala kami dibayar untuk foto yang kami kongsikan di Instagram atau Twitter–tapi ada hadnya apabila anda menggelarkan seseorang sabagai ‘Insta model’ atau ‘Insta star. Jangan sesekali menggelar saya dua perkara ini kerana ia menyakitkan hati saya dan ia tidak sopan.”

See also
Cantik Bukan Konvensional

 

Sebelum ini model seperti Rebecca Romjin dan Stephanie Seymour pernah berkongiskan pendapat mereka mengenai model-model generasi baru, atau ‘Insta model,’ seperti Gigi Hadid dan Kendall Jenner tidak layak diberi gelaran supermodel.

 

What do you guys think?