Gwen Stefani Menjadi Duta Global Syarikat Kosmetik - Glam Malaysia

Gwen Stefani Menjadi Duta Global Syarikat Kosmetik

Foto: Revlon

Foto: Revlon

Siapa sangkakan penyanyi utama kumpulan No Doubt, bekas juri untuk The Voice, dan juga pengasas jenama pakain L.A.M.B Gwen Stefani pernah bekerja sebagai jurusolek di sebuah pusat beli-belah di California?

 

Baru-baru ini jenama kosmetik ternama Revlon mengumumkan pelantikan Gwen Stefani sebagai duta global terbaru mereka melalui gambar-gambar dan video Gwen Stefani sedang bergaya di hadapan kamera.

 

Pembabitan Gwen dalam bidang solekan bermula di belakang kaunter The Broadway sebagai jurusolek di pusat beli-belah ketika dia berusia dalam lingkungan 20-an dan tanpa sebarang latihan profesional.

 

Foto: Revlon

Foto: Revlon

Gwen berasa sangat seronok semasa memakaikan solekan untuk pelanggan-pelanggan dan berupaya untuk menunjukkan kemahirannya dalam solekan kepada para pelanggan.

 

“Saya masih ingat membuat orang berasa sangat gembira dan berinspirasi dan penuh keyakinan dan itu adalah apa yang solekan boleh lakukan.”

 

Foto: Revlon

Foto: Revlon

Gwen pernah berkolaborasi dengan jenama Urban Decay  pada tahun 2015 untuk koleksi gincu, blush, eyeshadow, produk kening dan lain-lain. Gwen juga berjaya melancarkan koleksi wangiannya sendiri yang juga mendapat sambutan daripada pembeli.

See also
Ini Dia 20 Gambar Terakhir Personaliti Popular Sebelum Mereka Meninggal Dunia

 

Ketua pegawai pemasaran Revlon Benjamin Karch memberitahu WWD bahawa Gwen pasti boleh menarik perhatian peminat-peminat solekan dengan imejnya.

Gwen bakal bekerjasama dengan duta-duta Revlon yang lain seperti Halle Berry, Ciara, dan Olivia Wilde.