GLAM Heart: Because We Care. kunjungan ke wad sakit kronik

GLAM Heart: Because We Care

Dalam kesibukan kita meraikan Syawal dalam tempoh beberapa minggu ini serta beberapa lagi keraian yang bakal disambut, sering kita melupakan mereka yang kurang berupaya untuk bersama-sama meraikannya. 

 

Terfikir sejenak perihal kanak-kanak yang menyambut kedatangan Lebaran di wad-wad hospital kerana kondisi kesihatan mereka. Sempena Syawal ini, GLAM bakal menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik untuk meringankan beban mereka dan juga keluarga mereka selagi kami mampu berbuat demikian.

 

Usaha murni kami ini turut disertai oleh cover girls isu Julai ini Y.M. Datuk Tunku Kaiyisah, Y.M. Puteri Munawarah Syammiyah, Y.M. Puteri Afzan Shakira Nabila, dan Y.M. Puteri Amida Afsha Afzan untuk bersama-sama memberi kesedaran kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan ini.

 

Projek ini juga merupakan kolaborasi antara GLAM Malaysia bersama Jaeger-LeCoultre untuk membuat lawatan ke Wad Pediatrik di Hospital Selayang.

 

Bagi menerangkan serba sedikit perihal projek “GLAM Heart” ini, kami telah menemubual pengarang GLAM Malaysia, Suzie Adnan.

See also
Koleksi Eksklusif Bernada Romantik Fendi Buat St. Valentine's Day

 

Definasi GLAM Heart dan mengapa GLAM menganjurkan acara seumpamanya?
 

GLAM Heart adalah inisiatif amal yang sudah dimulai sejak 2005 lagi. Sebagai majalah yang mengenegahkan kandungan berupa fesyen, kecantikan dan gaya hidup, GLAM juga memainkan peranan di dalam masyarakat dengan membantu insan-insan yang kurang bernasib baik. Khidmat sosial ini sudah banyak membantu beberapa badan-badan amal dalam mengumpul dana. Antara yang pernah menerima bantuan daripada tabung amal GLAM Heart adalah IJN dan Hospice.

 
Kenapa memilih kumpulan pesakit kronik bagi kanak-kanak?
 

Kes pesakit kronik di kalangan kanak-kanak semakin banyak diperkatakan masa kini. Dengan kos perubatan yang semakin tinggi, ramai keluarga tidak lagi mampu untuk memberikan penjagaan yang terbaik buat anak-anak mereka yang sedang bertarung nyawa. GLAM Heart mahu meringankan sedikit beban ibu bapa melalui bantuan kewangan untuk berhadapan dengan kos perubatan dan lain-lain keperluan perbelanjaan.

 
Siknifikasi penglibatan kerabat diraja untuk projek ini?
 

Keluarga Diraja Pahang khususnya memang dikenali dengan sifat mesra rakyat dan sering turun padang melihat keadaan rakyat khusunya yang tidak bernasib baik. Kali ini GLAM menjemput keluarga Diraja untuk melawat wad kronik kanak-kanak bagi mengagih hadiah, memberi keceriaan kepada anak-anak yang terpaksa memanggil wad sebagai rumah kedua.

See also
Bella Hadid Berang dan Kecewa Terhadap Tindakan Paparazzi

 
Apakah matlamat utama projek GLAM Heart ini?
 

Objektif utama GLAM Heart adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang terpaksa menjaga anak-anak yang memiliki penyakit kronik seperti kegagalan hati dan buah pinggang.

 
Harapan GLAM untuk CSR akan datang dan seterusnya?
 

GLAM mahu terus memainkan peranan dalam masyarakat, menggunakan kuasa media untuk menjadi medium sebagai menyumbang kepada golongan yang memerlukan.