Most GLAM 2017 Kembali Lebih Glamor! #MostGLAM2017

Apa Siapa Di Mana?, Berita

Most GLAM 2017 Kembali Lebih Glamor! #MostGLAM2017

2915
1 of 57
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saban tahun GLAM mengambil inisiatif untuk meraikan golongan wanita yang berjaya dalam hidup mereka dan menjiwai watak wanita GLAM yang kami hargai dan kagumi.

 

Untuk tahun 2017 kami telah menyenaraikan 11 wanita menakjubkan yang masing-masing telah mencipta nama mereka sendiri dalam industri perniagaan yang sengit. Bertempat di ballroom mewah St. Regis Kuala Lumpur, Nora Khalid, Natasha Ozeir, Raja Jesrina Arshad, Aina Syahirah, Dahlia Nadirah, Alia Bastamam, Lyn Siew, Nikola Hassan, Nikky Azura, Qistina Taff, dan Datin Shena Mohd diraikan dihadapan tetamu kehormat pada malam itu yang terdiri daripada  CEO Blu Inc Media Sdn Bhd sendiri, Datin Azliza Tajudin dan ramai lagi teman-teman GLAM yang memeriahkan lagi acara istimewa ini. Disamping itu, GLAM juga turut melancarkan GLAM Societé, yakni sebuah direktori istimewa yang menghimpunkan wanita-wanita yang menjiwai aspirasi gaya anggun dan mewah selari dengan sanubari GLAM sendiri.

 

Sebelum kami berkongsikan momen-momen daripada malam yang indah ini, GLAM terlebih dahulu ingin meluahkan rasa terima kasih kami kepada Hublot, Yves Saint Laurent Beauté, Mercedes, Patchi, dan St. Regis Hotel kerena telah membantu menjayakan Most GLAM 2017. Klik seterusnya untuk foto-foto GLAM.

 

Pengarang GLAM Malaysia, Suzie Adnan, memberikan ucapan pembukaan malam Most GLAM 2017.

Your email address will not be published. Required fields are marked *