It's A Girl Untuk Kim Kardashian West dan Kanye West! - Glam Malaysia

It’s A Girl Untuk Kim Kardashian West dan Kanye West!

Congrats to the West clan!

 

North dan Saint nampaknya bakal menerima seorang adik perempuan menjelang Januari 2018 ini mengikut laporan daripada beberapa sumber.

 

Kim Kardashian West yang mengalami komplikasi sewaktu mengandungkan dua cahaya mata pertamanya dinasihatkan oleh doktor keluarga mereka jika dia ingin menimang cahaya mata lagi, risikonya amat tinggi terhadap kesihatannya.

 

Melalui satu pos pada blognya Kim pernah berkongsikan pengalamannya sewaktu melahirkan North di mana doktor yang bertanggungjawab pada masa itu terpaksa memasukkan tangannya sendiri ke dalam Kim untuk menarik keluar plasentanya.

 

Untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini, Kim dan suaminya Kanye West telah diperkenalkan kepada seorang invidiu yang merupakan calon layak untuk membawa kandungan anak Kim dan Kanye.

 

“Disebabkan masalah kesihatannya, Kim merasakan dia perlu menggunakan khidmat agensi ibu tumpangan yang boleh membantu mendapatkan wanita yang sihat dan sesuai untuk dirinya dan Kanye. Kedua-duanya memainkan perananan yang besar dalam pemilihan ibu tumpangan ini.”

See also
Butik Baru Rimowa Di KLCC

 

Kedua-dua, Kim dan Kanye, mengimpikan keluarga yang besar.

 

Berita ini belum disahkan oleh pasangan tersebut secara rasmi namun Kim sendiri pernah mengeluarkan kenyataan yang dia dan Kanye sedang berusaha untuk membesarkan keluarga mereka dengan kehadiran cahaya mata ketiga.