Gerak-geri Kembar Olsen Kini - Glam Malaysia

Gerak-geri Kembar Olsen Kini

Mary-Kate Olsen and Ashley Olsen arriving at the 2016 Costume Institute Gala Benefit celebrating " Manus x Machina: Fashion in an Age of Technology " held at the Metropolitan Museum of Art in New York, NY on May 2nd, 2016. (Photo By Anthony Behar) *** Please Use Credit from Credit Field *** *** Please Use Credit from Credit Field ***

Di mana mereka sekarang?

 

Mary-Kate dan Ashley Olsen bukan nama asing dalam industri hiburan. Menembusi bidang perlakonan pada dari usia setahun jagung lagi, dengan watak mereka sebagai Michelle Tanner dalam sitkom Full House. Mereka berdua mendapat instant fame dengan lakonan licik dan lucu dalam sitkom yang disiarkan dari tahun 1987 hingga 1985 itu!

 

IT TAKES TWO (1995) - MARY-KATE OLSEN - ASHLEY OLSEN. Credit: RYSHER ENTERTAIMENT / Album

Mary-Kate dan Ashley Olsen memulakan karier mereka melalui sitkom Full House.

 

Full House merupakan batu loncatan bagi karier mereka berdua. Pasangan kembar ini selalu berlakon bersama, dan ada juga kala mereka berkongsi watak yang sama seperti dalam filem Charlie’s Angels: Full Throttle (2003). Mereka mempunyai seorang adik perempuan yang juga bekerjaya dalam arena perfileman, iaitu Elizabeth Olsen (Captain America: Civil War dan Godzilla). Melalui syarikat mereka berdua, Dualstar, Mary-Kate dan Ashley Olsen acap kali disenaraikan dalam wanita muda terkaya di dunia!

 

Persoalannya, di mana mereka berdua sekarang?

See also
Christinna Kuan, Hun Haqeem & GUESS

 

Desas desus kata orang yang berlegar-legar di dunia hiburan bahawa sitkom Full House akan “dihidupkan” semula dalam masa terdekat ini sebagai Fuller House! Namun demikian, Mary-Kate dan Ashley Olsen tidak akan menyertai barisan pelakon semula. Ada yang berpendapat bahawa bayaran mereka terlalu mahal dan ada juga bertanggapan bahawa kembar Olsen tersebut terlalu “famous” buat sitkom yang melonjakkan permulaan kerjaya mereka itu.

 

Ashley Olsen and Mary-Kate Olsen attend the 2014 CFDA fashion awards at Alice Tully Hall, Lincoln Center on June 2, 2014 in New York City (Credit Image: © Future-Image/ZUMAPRESS.com)

Gaya chic ini diambil ketika acara Council of Fashion Designers of America 2014.

 

Sebaliknya, Mary-Kate dan Ashley Olsen ingin mengetengahkan pengaruh mereka sejak mendominasi industri fesyen. Dengan beberapa jenama on the rise seperti The Row dan Elizabeth and James, kelibat mereka berdua surah menjadi kebiasaan bagi mata-mata fesyen yang berpengaruh besar. Label-label pakaian pasangan kembar ini seringkali mendapat penghormatan dalam bidang fesyen seperti penobatan oleh Council of Fashion Designers of America, iaitu antara perbadanan terpenting dalam industri fesyen!

 

Berpakaian yang saling melengkapi, diambil semasa acara Council of Fashion Designers of America 2015.

 

See also
Rihanna Membidas Lawak Snapchat Perihal Keganasan Rumahtangga

This is not the last we will see or hear of them!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah