George & Amal Clooney Dermakan RM 4.28j Buat Kekangan Keganasan

George & Amal Clooney Dermakan RM4.28j Buat Kekangan Keganasan

 

George dan Amal Clooney mengambil tindakan drastik selepas berlakunya keganasan di Charlottesville. Pasangan dermawan itu telah memberikan $1 juta (RM4.28 juta) dari yayasan mereka, yakni Clooney Foundation of Justice hasil gandingan bahu bersama Southern Poverty Law Center untuk mengekang aksi-aksi kumpulan kebencian pada Isnin lepas. 

 

Yayasan tersebut diasas oleh George dan Amal pada tahun 2016 dan bermisi untuk mengetengahkan keadilan di ruang sidang, bilik darjah dan segala lapis masyarakat di seluruh dunia. SPLC pula merupakan sebuah organisasi tanpa untung buat perjuangan akan kumpulan kebencian domestik dan keganasan lain.

 

“Saya dan Amal ingin memberi suara kami (dan bantuan kewangan) kepada perjuangan akan kesama-rataan. Tidak ada dua pihak yang terlibat akan sikap bigot dan kebencian,” kata pelakon 56 tahun itu dalam sebuah kenyataan kepada Us Weekly

 

 

“Kami berbangga kerana dapat meyokong Southern Poverty Law Center dalam usaha mereka mengekang ekstrimisme ganas di Amerika Syarikat. Apa yang telah terjadi di Charlottesville, dan apa yang sedang berlaku di komuniti-komuniti di seluruh negara ini, menuntut penglibatan kolektif kami untuk mengekang kebencian,” kata power couple itu.

See also
Filem Warner Bros. 'Crazy Rich Asians' Memilih Henry Golding Sebagai Watak Lelaki Utama

 

Pelakon bertaraf Oscar serta peguam bela ternama itu dikhabarkan sedang beriadah dan menikmati musim panas di Tasik Como, Itali. Pasangan dua sejoli ini mengikat tali pernikahan di Venice, Itali pada September 2014 dan baru sahaja dikurniakan sepasang zuriat kembar pada 6 Jun lalu.