Gelagat Boling Mariah Carey & Teman Lelakinya! - Glam Malaysia

Gelagat Boling Mariah Carey & Teman Lelakinya!

Apakah sepatu boling buat diva Hollywood ini?

 

 

Penyanyi Grammy, Mariah Carey baru-baru ini dilihat sedang ber-dating bersama teman lelakinya, Bryan Tanaka. Aktiviti kali ini? Boling bersama pasangan zuriat kembarnya, Monroe dan Moroccan. 

 

Mereka telah beriadah di Bowlmor Chelsea Piers, pada hari Khamis lepas. Dilengkapkan dengan tas tangan kulit buaya Hermes dan sepasang kaca mata hitam, Mariah mengenakan gaya signatur seksinya, iaitu look hitam, hingga ke hujung kaki. Paling ikonik? Mariah ketepikan sepatu boling yang menjadi keperluan buat sukan tersebut, dan sebaliknya menggayakan sepasang kasut stiletto hitam! Mariah juga dilihat telah memesan cheeseburger tanpa roti ban, serta menghirup soda vodka.

 

Seorang sumber berkata kepada Us Weekly bahawa markah penuh Mariah adalah 80, dan anak-anaknya pula merangkul 60 dan 69 mata!

 

 

Penyanyi itu dilihat sedang bersuka-ria dan bergembira di samping yang disayanginya ketika malam itu. “Pasangan kembar itu sangat teruja dan seperti benar-benanr menikmati masa bersama.” Mariah dan Brian dilihat berdekatan satu sama lain dan saling berpelukan sepanjang riadah tersebut tetapi tidak bercumbu atau berfizikal. “Mereka berdua hanya menikmati masa bersama kembar tersebut,” kata seorang lagi sumber.

See also
Selena Gomez: Kisah Di Sebalik Pembatalan Konsert dan Pusat Pemulihan

 

Mariah dan Bryan berpisah pada awal bulan April selepas bersama selama lima bulan, namun sebulan selepas itu, mereka dikhabarkan berciuman ketika di sebuah makan malam bersama di Beverly Hills. Kedua-dua pihak belum pernah memberi utusan akan status hubungan mereka itu. 

 

Moroccan dan Monroe merupakan cahaya mata yang dikurniakan ketika Mariah sedang bersama bekas suaminya, Nick Cannon.