Gal Gadot Dibayar Sedikit Buat Filem Wonder Woman? - Glam Malaysia

Gal Gadot Dibayar Sedikit Buat Filem Wonder Woman?

 

Apabila dikatakan tentang filem-filem Hollywood, pendapatan bagi setiap satu menjangkau jutaan dolar. Pelakon-pelakon utama diberikan bayaran yang ramai hanya bisa berimaginasi. Namun, buat lakonannya dalam filem blockbuster Wonder Woman, Gal Gadot dibayar hanya sebahagian kecil daripada pendapatan lazim pelakon A-list!

 

Lakonan hebat Gal menjadikan filem aksi Wonder Woman antara salah satu filem terbaik tahun ini. Ia juga telah memecahkan pelbagai rekod box office Barat dengan lebih $100.5 juta dalam jualan domestik pada minggu pembukaannya — filem terlaris dalam sejarah yang diarah oleh seorang wanita.

 

 

Pastinya Gal dibayar berjuta-juta jika khabar di atas sahih, tidak? Apparently not. Gal hanya dibayar $300,000 buat lakonan filem tergempar itu!

 

Mengikut majalah Variety, pelakon itu berkata bahawa pada tahun 2014, beliau telah menandatangan kontrak bersama Warner Bros. bagi tiga filem —  Batman v Superman, Wonder Woman, dan Justice League  yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Bayaran yang disetujui? $300,000 setiap filem.

See also
Best Dressed Golden Globe 2015

 

 

Walaupun bayaran awal dianggap rendah di dunia Hollywood, terdapat beberapa cari lagi bagi Gal meraih wang dari filem tersebut. Kebanyakkan pelakon Hollywood diberi bayaran bonus jika filem mereka mendapat sambutan baik.

 

Wonder Woman 2 is on the way — mungkinkah Gal diberi bayaran yang lebih lumayan?