Foto Rasmi Tunku Tun Aminah & Dennis Muhammad - Glam Malaysia

Foto Rasmi Tunku Tun Aminah & Dennis Muhammad

Foto rasmi YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan bakal suaminya Dennis Muhammad Abdullah telah pun dikeluarkan oleh  The Johor Royal Press Office lebih kurang seminggu selepas pengumuman perkahwinan mereka dibuat.

 

Dalam foto yang tampak manis itu Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad kelihatan segak dan secocok dalam busana tradisional dan juga pakaian kasual.

 

Perkahwinan mereka bakal berlangsung 14 Ogos ini dengan majlis pertunangan di Istana Bukit Serene dan diikuti dengan majlis bersanding pada waktu malam pula di Istana Besar.

[envira-gallery id=”69047″]