Fergie Kembali Bermuzik Sedekad Kemudian! - Glam Malaysia

Fergie Kembali Bermuzik Sedekad Kemudian!

 

Kali terakhir Fergie mengeluarkan albumbuat nikmat ramai adalah 11 tahun lepas, iaitu album sulungnya, The Duchess. Namun demikian, dalam jangka masa tersebut, Fergie masih lagi menempa nama dalam lagu-lagu single, seperti L.A Love dan MILF$, tetapi tiadanya album kedua.

 

Baru-baru ini, Fergie, 42, mengumumkan bahawa album keduanya, Double Duchess, bakal dilancarkan pada 22 September ini — sesi pra-jualan pula telah disediakan sejak 25 Ogos!

 

 

More exciting news? Fergie turut mengumumkan bahawa ia akan didatangkan bersama album visual juga!

 

Fergie kongsikan berita gembira tersebut melalui saluran media sosialnyam, dengan memuat naik klip pendek akan apa yang bakal kita saksikan dalam Double Duchess nanti. The vibe? Dark. Dari rakaman video dalam suaka gila hinggakan pakaian seakan hantu dan letupan —  mungkinkah album visual Fergie sealiran filem ngeri?

 

 

Bagi mereka yang benar-benar memerhatikan gerak-geri Fergie buat album ini, pasti anda tahu bahawa beliau sibuk mempromosikannya di Instagram, showing off tubuh menawannya yang ramai pasti terpegun! Fergie turut mengongsikan senarai lagu album tersebut dalam bentuk GIF, expect the aforementioned songs to be listed.

 

See also
Visual Panthere Cartier Atas Burj Khalifa

 

Album pertama dan terakhir beliau, setakat ini, The Duchess, dikeluarkan pada tahun 2006 — tanda pertama karier solonya di luar kumpulan Black Eyed Peas. Meskipun begitu, will.i.am menjelaskan bahawa Fergie masih lagi tergolong dalam kumpulan pop itu.