Fazura dan Fattah Amin Redha Menelan Kritikan Angkara Cemburu

Fazura dan Fattah Amin Redha Menelan Kritikan Angkara Cemburu

Drama bersiri popular masa kini Hero Seorang Cinderella (HSC) yang berjaya menambat hati ramai penonton melalui kisah cinta yang berputik antara Nura Medina dan Tengku Ian hasil lakonan Nur Fazura dan Fattah Amin menjadi punca cemburu individu yang tidak berpuas hati.

Kemesraan yang ditampilkan oleh Fazura dan Fattah sama ada di set penggambaran mahupun di luar set, sangat tidak disenangi oleh individu-individu ini tanpa sebab.

 

Selain netizen yang mengecam chemistry mereka ini, terdapat juga beberapa selebriti tempatan sendiri yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka secara terang-terangan.

 

Namun, Fazura dan Fattah enggan memberikan sebarang respons terhadap kritikan yang terpaksa mereka telan kerana mereka lebih rela menelan dan berdiam diri kerana mereka sendiri tidak melakukan sebarang kesalahan.

 

“Saya dengan Fattah selalu cakap, kita tak boleh membaca hati orang. Kita juga tidak mampu untuk menduga niat seseorang sama ada baik atau sebaliknya,” nyata Fazura.

See also
Pereka Berbakat Kate Spade, 55, Menemui Ajal

 

Mereka juga percaya hal ini merupakan satu ujian buat diri mereka dalam usaha untuk mengecapi kejayaan melalui HSC.

 

Walaupun mereka cuba untuk bersabar, Fattah merasa agak terkilan dengan tindakan berlebihan oleh beberapa individu yang mengodam akaun Instagramnya kerana hal ini.

 

“Tak sangka ada pihak yang busuk hati sampai ke tahap hendak menutup periuk nasi orang. Saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dan mungkin tindakan susulan akan dibuat terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu,” terang Fattah dengan tenang.

 

Hero Seorang Cinderella kini disiarkan di Astro Ria dan Ria HD setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.