Elton John Bakal Menghasilkan Adaptasi Muzikal 'Devil Wears Prada' - Glam Malaysia

Elton John Bakal Menghasilkan Adaptasi Muzikal ‘Devil Wears Prada’

I refuse to be sick—I’m wearing Valentino for crying out loud

 

Antara bait-bait popular daripada filem fesyen ternama “The Devil Wears Prada” yang masih lagi popular sehingga kini bakal diadaptasikan ke pentas muzikal oleh penyanyi legenda Elton John dan penulis Paul Rudnick, mengikut laporan Entertainment Weekly.

 

Meryl Streep sebagai Miranda Priestly

Filem yang menjadi topik perbualan dalam industri fesyen semenjak keluarannya pada tahun 2006 itu antara filem fesyen yang ikonik dengan lakonan Meryl Streep dan Anne Hathaway.

 

John dan Paul mengambil insipirasi dairpada novel asal oleh Lauren Weisberger dan juga filem itu sendiri dalam mengadaptasinya ke bentuk muzikal.

 

 

“Menghasilkan semula The Devil Wears Pradai untuk teater muzikal sangat menerujakan. Saya merupakan peminat kedua-dua filem dan juga buku tersebut, dan juga pengikut dunia fesyen. Saya tidak sabar mahu menggunakan bakat saya untuk budaya yang popular ini,” terang Elton John.

See also
Godaan Seksi Bruno Mars Dalam Klip Video Baharu!

 

 

Penerbit-penerbit Kevin McCollum dan Bob Cohen menyatakan bahawa untuk produksi ini mengecapi kejayaan dan mendapat sambutan yang lebih kurang sama dengan buku dan filem terkenal itu, mereka memerlukan bakat-bakat yang setanding dengan watak-watak dalam ceritsa tersebut. Artis-artis yang hasil karya mereka telah menempa nama dalam muzik dan penerbitan sehingga ke drama dan fesyen.

 

Tiada lagi informasi mengenai jalan masa produksi untuk muzikal ini tetapi tunggu dan lihat untuk informasi selebihnya.