DVF Rai Jonathan Saunders Sebagai Pengarah Kreatif Baru - Glam Malaysia

DVF Rai Jonathan Saunders Sebagai Pengarah Kreatif Baru

Jonathan Saunders, Diane von Furstenberg

Jonathan Saunders, Diane von Furstenberg

Diane von Furstenberg menganjurkan satu makan malam peribadi untuk menyambut pelantikan Pengarah Kreatif baru label tersebut iaitu Jonathan Saunders di Beatrice Inn, New York.
 
Jonathan, pereka fesyen berasal dari Scotland ini merupakan pemenang British Designer of the Year di Elle Style Awards 2007, penerima dana British Fashion Council / Vogue Fashion Fund 2012 dan British Fashion Award in Emerging Talent untuk pakaian lelaki.
 
Beliau juga pernah bekerja dengan nama besar dalam industri fesyen termasuklah Alexander McQueen, Christian Lacroix (Pucci), Phoebe Philo (Chloe) dan Paul Smith selain berkolaborasi bersama retailers seperti Target, Topshop dan Debenhams.
 
[soliloquy id=”53458″]