Dunia Fesyen Bersuara Tentang Melania Trump - Glam Malaysia

Dunia Fesyen Bersuara Tentang Melania Trump

Seperti baru sahaja semalam Amerika Syarikat, dan seluruh dunia juga sebenarnya, digemparkan dengan pelantikan Donald Trump sebagai Presiden terbaru negara besar itu. Masih ramai yang tidak boleh menerima kenyataan itu sehingga menyebabkan beberapa sesi tunjuk perasaan yang juga melibatkan dunia fesyen.

 

Tetapi ini GLAM so we’re not gonna talk about politics obviously!

 

Melania Trump bekas model berketurunan Slovenia juga merupakan isteri Donald Trump yang ketiga itu juga mendapat tempias selepas pelantikan suaminya dan dunia fesyen sendiri is turning their backs on Melania.

 

Pereka fesyen Jeremy Scott antara individu pertama dalam dunia fesyen untuk menyuarakan pendapatnya tentang pelantikan Trump dan impaknya terhadap dunia fesyen. Scott memberi tahu Vanity Fair:

 

 

“Memang betul dia tampak cantik dalam apa jua pakaian dan dia mempunyai bentuk badan yang cantik juga. [Tetapi] Saya tak pasti ianya akan memberi maksud yang sama kepada khalayak ramai. Apa yang saya suka tentang Michelle [Obama] adalah personalitinya. Kecantikannya adalah lebih kepada siapa dia dan apa yang dia lakukan. Ternyata Melania memang cantik tetapi saya tidak mengenali siapa dia. Kita tak mengenali siapa Melania Trump.”

See also
Saksikan Penampilan Post-Pregnancy Beyoncé!

 

Pereka fesyen kelahiran Perancis Sophie Theallet mengeluarkan kenyataan untuk dunia fesyen supaya memboikot memakaikan Melania Trump dengan pakaian mereka setelah bertahun-tahun bersama Michelle Obama.

 

 

“Sebagai seseorang yang meraikan dan mengejar kepelbagaian, kebebasan individu dan penghormatan untuk apa sahaja gaya hidup, saya tidak akan menyertai apa jua perkara yang melibatkan Melania Trump”

 

“Retorik rasisme, sexisme dan xenofobia yang digunakan oleh suaminya di dalam kempen beliau tidak sesuai dengan nilai yang kami kongiskan dalam kehidupan kami. Saya sangat mengalakkan rakan-rakan pereka fesyen untuk melakukan perkara yang sama.”

 

Selain daripada pereka-pereka fesyen ini penerbitan-penerbitan yang terlibat dengan fesyen, kecantikan dan budaya  juga menunjukkan pegangan yang sama seperti Scott dan Theallet. Paling ketara adalah penerbitan digital Fashionista di mana mereka telah pun mengeluarkan satu artikel yang bertajuk ‘How we plan on covering (or not covering) Melania Trump’s Fashion Choices’.

 

Kesimpulan Fashionista dengan pegangan mereka adalah:

 

“Semua ini hanyalah untuk memberitahu yang, ya, kami akan terus memerhatikan detik-detik fesyen Puan Trump atas sebab; kami lama berita fesyen dan itulah kerja kami. Memang benar kami pernah mengemukakan beberapa lelaki dan wanita yang mempunyai pegangan hidup yang tidak selaras dengan kami tetapi merak tidak cuba untuk memegang jawatan dalam pejabat politikal tertinggi di negara ini dan apa yang kami mampu lakukan sekarang ada dengan berpegang teguh dengan pegangan kami. Jaid kalau anda mahu mencari laman yang akan menayangkan pakaian Puan Trump setiap kali dia keluar dari Air Force One atau membuat kemunculan umum, Fashionista bukan tempatnya.”

See also
Seni Merancang Sepatu, Giuseppe Zanotti X Neelofa