Duchess of Cambridge Kate Middleton Juga Bergelut Sebagai Seorang Ibu - Glam Malaysia

Duchess of Cambridge Kate Middleton Juga Bergelut Sebagai Seorang Ibu

Kate Middleton menghadiri pelancaran “Maternal Mental Health Films” bersama Best Beginnings dan Heads Together diRoyal College of Obstetricians dan Gynaecologists.

Sebagai Duchess of Cambridge, Kate Middleton juga tidak dapat melarikan diri daripada masalah yang dihadapi sebagai seorang ibu (Putera George dan Puteri Charlotte).

 

Kate diberi peluang untuk berucap sewaktu majlis amal oleh Best Beginnings — sebuah badan kebajikan yang memberi fokus kepada kesihatan kanak-kanak di U.K. — dan Duchess itu berkongsi pengalamannya sendiri sebagai seorang ibu.

 

“Secara peribadi, menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang memuaskan dan indah. Walau bagaimanapun, ada masa yang ia merupakan satu cabaran. Untuk saya sendiri, yang mempunyai sokongan di rumah yang kebanyakan ibu tidak ada. Tidak ada apa yang boleh membantu menyediakan diri anda untuk pengalaman yang begitu teramat sebagai seorang ibu. Pengalamn ini penuh dengan emosi seperti kegembiraan, kepenatan, kasih sayang, dan kerisauan, semua digabungkan sekali,” terang Duchess itu.

See also
Ekspresiisme Masa

 

Di juga menerangkan kelaziman seseorang ibu yang buntu untuk beberapa bulan pertama selepas melahirkan anak mereka.

 

“Tidak ada buku peraturan, betul atau salah; anda hanya perlu buat sahaja dan lakukan yang terbaik untuk menjaga keluarga anda. Untuk kebanyakan ibu-ibu, termasuk saya, akan menyebabkan rasa tidak yakin dan tidak tahu. Untuk sesetengah golongan ibu pula pengalaman ini akan menjadi lebih sukar akibat kesihatan mental kita sendiri,” sambung Kate lagi.

 

Kate juga menekankan kepentingan untuk mendapatkan bantuan sebagai seorang ibu baru yang sering terdedah kepada postpartum depression sejurus selepas melahirkan anak mereka.

 

“Anak-anak kita memerlukan kita untuk menjaga diri kita dan mendapatkan sokongan yang kita perlukan.”