Duchess of Cambridge Diiktiraf Sebagai Jurufoto Oleh Persatuan Diraja - Glam Malaysia

Duchess of Cambridge Diiktiraf Sebagai Jurufoto Oleh Persatuan Diraja

Foto: WENN.com

Foto: WENN.com

Selain daripada pengiktirafan yang diterima oleh Duchess of Cambridge Kate Middleton untuk gayanya yang anggun dan rambutnya yang sempurna, beliau memulakan 2017 dengan menerima pengiktirafan daripada Royal Photographic Society.

 

Pengiktirafan tersebut menjadikan Kate ahli terhormat untuk seumur hidup dan Kate juga merupakan satu-satunya individu yang menerima pengiktirafan tersebut tanpa memenangi apa-apa anugerah daripada Royal Photographic Society.

 

Duchess of Cambrige itu dipilih untuk pengiktirafan ini kerana bakat dan semangatnya yang boleh dilihat melalui foto-foto Putera George dan Puteri Charlotte yang diambil olehnya sendiri.

 


 

Kate merupakan jurufoto untuk gambar rasmi pertama Puteri Charlotte pada tahun 2015 dan juga gambar hari pertama Putera George ke sekolah asuhan pada tahun lepas.

 

Lihat galeri di bawah untuk foto-foto Putera George dan Puteri Charlotte yand diambil oleh Duchess of Cambridge sendiri.

See also
Siapa Pemakai Fantasy Bra Victoria's Secret Tahun Ini?

 
[envira-gallery id=”60142″]