Penerbit Ternama Hollywood Menerima 30 Dakwaan Gangguan Seksual

Penerbit Hollywood Harvey Weinstein Berhadapan Dengan 30 Dakwaan Gangguan Seksual

6 of 9

10 Oktober 2017

Selain Gwyneth, seorang lagi pelakon pujaan ramai Angelina Jolie juga telah berhubung dengan The New York Times dengan kisahnya sendiri melalui e-mel, “Saya juga melalui pengalaman yang buruk dengan Harvey Weinstein sewaktu saya masih muda dan selepas itu saya langsung tidak mahu bekerja dengannya lagi dan memberi amaran kepada rakan-rakan saya. Kelakuan sebegini terhadap wanita dalam bidang apa pun, di mana-mana jua tidak boleh diterima.”

 

Selain Meryl Streep Barack dan Michelle Obama juga turut mengecam kelakuan jijik Weinstein “Michelle dan saya merasa jijik dengan laporan berkenaan Harvey Weinstein baru-baru ini. Mana-mana lelaki yang melayan buruk dan merendahkan wanita dengan cara sedemikian harus dihukum tanpa mengambil kira kekayaan ataupun status. Kita harus meraikan keberanian wanita-wanita yang telah tampil untuk berkongsikan pengalaman perit mereka. Dan kita juga harus membina budaya–termasuk mengalakkan anak perempuan dan mengajar anak lelaki kita untuk belajar menghormati wanita–untuk kita memastikan perangai seperti ini tidak boleh diterima langsung.”

See also
Ulang Tahun Keempat Tokyo Street Pavilion

 

Selebriti lain juga telah tampil memberikan sokongan mereka kepada wanita-wanita ini: Glenn Close, Brie Larson, America Ferrera, Christian Slater, Amber Tamblyn, Mark Ruffalo, Julianne Moore, George Clooney, Judd Apatow, Jessica Chastain, Jesse Tyler Ferguson, Olivia Wilde, Stephen Colbert, Jennifer Lawrence, Mindy Kaling, Jimmy Kimmel, Seth Meyers, Li-Manuel Miranda, Ben Affleck, Emma Watson, Rosie O’Donnell dan Nicole Kidman.