Penerbit Ternama Hollywood Menerima 30 Dakwaan Gangguan Seksual

Penerbit Hollywood Harvey Weinstein Berhadapan Dengan 30 Dakwaan Gangguan Seksual

2 of 9

5 Oktober 2017

Pendedahan pertama dilakukan oleh The New York Times apabila mereka terjumpa dakwaan-dakwaan terhadap Weinstein yang tidak didedahkan menjangkau masa sehingga tiga dekad yang lalu yang telah didokumentasikan melalui temubual dengan bekas pekerja dan semasa syarikat Weinstein dan juga individu-individu industri.

 

Penyiasatan mendalam ini juga telah mengetengahkan kisah selebriti pertama, Ashley Judd, pada 20 tahun yang lalu apabila dia telah dijemput ke sebuah hotel di Beverly Hills di mana dia mengharapkan akan makan sarapan pagi bersama Weinstein namun dia telah diminta untuk ke bilik Weinstein dan mendapati lelaki itu hanya memakai jubah mandi serta meminta Ashley untuk mengurutnya atau melihat dia mandi.

 

Seorang bekas pekerja syarikat Weisntein. Emily Nestor, juga melalui pengalaman yang sama apabila dia dijemput ke hotel yang sama pada tahun 2014 dan dia baru sahaja mula bekerja denga syarikat tersebut pada hari itu. Emily telah diberitahu oleh Weinstein jika dia menerima kelakuannya, dia akan membantu Emily dengan kerjayanya. Dua orang lagi bekas pekerja Weinstein, Laura Madden dan Zelda Perkin juga turut tampit untuk memberikan keterangan mereka kepada The New York Times berkenaan pengalaman yang sama yang melibatkan bilik hotel juga.

See also
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent

 

Ikutan siasatan ini Weinstein telah mengeluarkan kenyataan kepada syarikat penerbitan itu “Saya sedar perbuatan saya kepada rakna sekerja saya pada masa yang lampau telah memberi luka yang dalam kepada mereka, dan saya memohon maaf dengan ikhlasnya. Walaupun saya cuba untuk menjadi lebih baik, perjalanan saya masih jauh.”