Diari Deko – Ben’s Independent Grocer di IPC

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Ben’s Independent Grocer (B.I.G), kedai barangan runcit berkelas tinggi yang menawarkan pelbagai jenis produk makanan dan bahan mentah dari dalam dan luar negara. Selepas Publika, pusat membeli-belah, IPC, Mutiara Damansara menjadi lokasi terbaru B.I.G.

 

Berkeluasan 28,000 kaki persegi, pengunjung boleh membeli pelbagai jenis produk bermula dari sayuran organik, susu, bijirin, beras, bermacam jenis daging sehinggalah makanan laut; ikan, udang dan ketam di stesen-stesen berbeza; Botanical, Malaya Kitchen, Barn Butchery, Bay Seafood, Dairy & Frozen, Chalk & Cheese dan Booze It.

 

Usai membeli-belah, boleh singgah menjamu selera atau sekadar  menikmati secangkir kopi panas di restoran dan kafe seperti The Grocer’s Kitchen, Independent Coffee, Crumbs dan The Pho.

 

B.I.G juga membuka satu lagi cawangan di DC Mall Damansara Heights.

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone