Di Mana Kylie Jenner Semasa AMA 2016?

Berita

Di Mana Kylie Jenner Semasa AMA 2016?

124

Berlalu sudah majlis American Music Awards tahun ini, tanpa gangguan major. Namun terdapat beberapa kelibat selebriti yang tidak muncul di karpet merah, mahupun sepanjang acara itu dijalankan. Ketiadaan mereka diketengahkan kerana mereka antara yang dinanti-nantikan oleh peminat, penemu ramah dan lensa-lensa paparazzi!

 

Di manakah Kylie Jenner pada malam berprestij itu?

 

jason-merritt-getty-images

Sumber: Jason Merritt / Getty Images

 

Kami dikhabarkan bawaha bintang realiti, Kylie Jenner tidak hadir atas hal urusan keluarga yakni anjing Greyhound peliharannya, Bambi menyambut kelahiran dua ekor “ahli” keluarga baru yang diberi nama Blue dan Fawn. Kylie menjelaskan ketidak hadiran beliau di laman sosial Twitternya.

 

 

Kylie bukan satu-satunya artis yang tiada di AMA 2016, kelibat Ansel Elgort juga tidak dilihat. Ketiadaan paling ketara ialah Rihanna, walaupun beliau memenangi 3 anugerah pada malam itu, iaitu Artis Perempuan Terbaik, Lagu Terbaik, dan Album Terbaik buat kategori R&B dan Soul.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

Your email address will not be published. Required fields are marked *