Demna Gvasalia Pengarah Seni Baru Balenciaga

Demna Gvasalia Pengarah Seni Baru Balenciaga

Demna GvasaliaGambar: WWD

Beberapa hari selepas Alexander Wang mementaskan koleksi terakhirnya bersama Balenciaga di Minggu Fesyen Paris, rumah fesyen itu mengumumkan pelantikan pereka fesyen dari Paris, Demna Gvasalia sebagai Pengarah Seni baru label itu.

“Kami mahukan seseorang yang mempunyai visi, yang mampu melakukan rombakan,”
 

jelas Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Balenciaga, Isabelle Guichot kepada laman WWD. Gvasalia yang juga merupakan pengasas kepada label Vetements bakal mementaskan koleksi pertamanya bersama Balenciaga pada Mac nanti di Minggu Fesyen Paris. Pada masa yang sama, dia juga masih akan menerajui jenama Vetements.
Saya amat berbesar hati dan teruja kerana diberi peluang untuk membawa visi kreatif saya ke Balenciaga, sebuah rumah fesyen dengan sejarah hebat yang menolak sempadan fesyen moden.”

Ujar Gvasalia yang memulakan tugasnya di Balenciaga minggu ini.