Michael Fassbender dan Alicia Vikander Kini Bercinta - Glam Malaysia

Michael Fassbender dan Alicia Vikander Kini Bercinta

Michael Fassbender dan Alicia Vikander bertemu dan jatuh cinta di set filem terbaru The Light Between Oceans. Kedua-dua mereka melakonkan watak utama dalam filem tersebut sebagai pasangan suami isteri.

 

Semalam, pasangan ini mencuri tumpuan apabila hadir ke Festival Filem Venice 2016 di Sala Grand, Itali sambil berpegangan tangan untuk mempromosikan filem baru itu.

Tahun lalu, Alicia memberitahu Entertainment Weekly bahawa dia dan Michael memilih untuk tidak berkongsi dengan umum mengenai hubungan mereka. Cukup sekadar khalayak tahu mereka bersama.
 
“Saya tidak akan bercerita tentang kehidupan peribadi saya dengan orang asing melainkan saya rasa perlu berbuat sedemikian,” tambah Michael.
 
Alicia, 27, hadir ke Festival Filem Venice tahun ini dengan menggayakan gaun tanpa lengan bercorak floral dan berleher V yang dipakai diatas gaun perak beropol manakala Michael kelihatan tampan dalam sut berwarna biru kelasi.
 
The Light Between Oceans adalah filem romantik berdasarkan novel tahun 2012 oleh M. L. Stedman.

See also
Jenna Dewan & Channing Tatum Berpisah Selepas Hampir 9 Tahun Berkahwin