Paris Hilton Menangis Di Kelab Kehilangan Cincin Tunang $2 Juta

Cincin Tunang $2 juta Paris Hilton Hilang Di Kelab

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cincin 20 karat bernilai $2 juta oleh Greene & Co.

Cincin tersebut akhirnya dijumpai dalam baldi berisi ais milik meja VIP berdekatan Hilton pada malam itu. Cincin 20 karat bertatahkan batu besar itu membuatkan Hilton menangis kerisauan manakala tunangnya pula membantu mencari cincin tersebut dengan tenang sambil diiringi pegawai keselamatan kelab tersebut.

 

Zylka melamar Hilton awal tahun ini sewaktu mereka sedang bercuti di Aspen, Colorado yang menerima sokongan hebat daripada peminat mereka dan juga keluarga. Hilton juga sempat membetulkan khabar angin yang menyatakan dia bakal mengadakan tiga majlis resepsi untuk meraikan hari bahagianya kelak itu adalah tidak benar.

 

“Itu hanyalah salah faham. Satu majlis sahaja sudah memberikan tekanan kepada saya–saya tidak dapat bayangkan pula dengan tiga majlis. Ia merupakan hari yang paling istimewa dalam hidup saya, jadi tiga itu sudha terlalu banyak sebenarnya,” ujar Hilton.

See also
Tuduhan Palsu Terhadap Beyoncé Dibidas Oleh Publisisnya