Chris Pratt & Anna Faris Berpisah Selepas 8 Tahun! - Glam Malaysia

Chris Pratt & Anna Faris Berpisah Selepas 8 Tahun!

Love is dead.

 

 

Pasangan pelakon Hollywood, Chris Pratt dan Anna Faris mengumumkan bahawa mereka bakal berpisah secara rasmi, selepas lebih lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama.

 

“Kami bersedih untuk mengumumkan bahawa kami bakal berpisah secara sah,” tulis Anna dalam laman Instagramnya. “Kami telah cuba sedaya upaya, dan kami sangat kecewa. Putera kami mempunyai ibu bapa yang amat menyayanginya dan atas sebab dialah kami ingin keadaan ini tidak dibesar-besarkan. Kami saling menyayangi dan akan sentiasa menghargai masa bersama.”

 

 

Chris turut kongsikan kenyataan yang sama di Facebook, dengan menambah bahawa pasangan tersebut “akan terus menghormati satu sama lain.”

Anna pernah membuka cerita tentang perkahwinannya bersama Isla Fisher ketika sebuah temu bual pada bulan Disember tahun lalu. Pelakon House Bunny itu menjelaskan bahawa hubungan mereka diuji tatkala suaminya dikhabarkan bermain kayu tiga dan sedang bercurang pada tahun 2015.

 

Kata Anna, “Saya cuba untuk tidak menghiraukannya, tetapi saya ingat berasa pilu, sehingga ia menggagu saya.” Anna mendedahkan bahawa walaupun beliau tahu kesemua khabar angin tersebut tidak benar, “It made me feel incredibly insecure.

See also
Barisan Pelakon Wanita Terkaya Untuk 2017