Chloé Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Pengarah Kreatif Clare Waight Keller

Berita

Chloé Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Pengarah Kreatif Clare Waight Keller

84

Pengarah kreatif Chloé Clare Waight Keller menyertai kumpulan individu-individu yang pernah bersama dengan jenama ini seperti Phoebe Philo, Stella McCartney, dan Karl Lagerfeld.

 

Foto: Valerio Mezzanotti/The New York Times

Selepas enam tahun bersama dengan jenama Perancis tersebut, Clare telah membuat keputusan bersama dengan pengurusan untuk melepaskan jawatannya sebagai pengarah kreatif. Clare telah dipilih oleh ketua pegawai eksekutif Chloé Geoffroy de La Bouronnaye pada tahun 2011 untuk menggantikan Hannah MacGibbon.

 

Foto: Maison Chloé

“Selepas enam tahun yang luar biasa di Chloé, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Geoffroy dan semua rakan kerja saya untuk usaha mereka selama ini. Bekerja untuk Maison ini merupakan pengalaman yang paling memberi ganjaran kepada kerjaya saya. Chloé merupakan satu jenama dengan nilai yang dekat pada diri saya dan saya sangat seronok dapat bekerja dengan bakat-bakat yang hebat di dalam industri ini. Saya rasa sangat bertuah untuk dapat bekerja dengan Maison yang mempunyai warisan sebegini dan saya berasa bangga akan semua yang telah dicapai setakat ini,” terang Clare dalam satu kenyataan.

 

Foto: Theo Wenner

Koleksi terakhir Clare untuk Chloé adalah koleksi Musim Luruh/Sejuk 2017 yang dipamerkan semasa Paris Fashion Week pada bulan Mac ini.

 

Pengumuman mengenai pengganti Clare masih belum lagi diberi keputusan tetapi ura-ura mengatakan mereka sedang mempertimbangkan pengarah rekaan Louis Vuitton dan orang kanan Nicola Ghesquière, Natacha Ramsay-Levi.

Your email address will not be published. Required fields are marked *