Chloë Grace Moretz Memohon Maaf Berkenaan Poster Filem Terbarunya - Glam Malaysia

Chloë Grace Moretz Memohon Maaf Berkenaan Poster Filem Terbarunya


 

Semasa Festival Filem Cannes sedang berlangsung baru-baru ini, sebuah filem animas baru, Red Shoes and the Seven Dwarfs, mula mengeluarkan bahan-bahan promosi mereka yang menampilkan mesej: “What if Snow White was no longer beautiful and the 7 Dwarfs not so short?” yang menyebabkan orang ramai tidak puas hati dengan filem ini.

 

Selain daripada plot yang mengisahkan sepasang kasut mengubah seorang puteri yang berbadan gempal kepada seorang puteri lebih kurus, poster filem ini juga menyemarakkan lagi amarah netizen.

 

Chloë Grace Moretz yang meminjamkan suaranya untuk watak puteri tersebut telah tampil untuk menyuarakan kekecewaanya terhadap taktik promosi filem tersebut.

 




 

See also
Ratu Gincu Instagram: Jay Thomas

Studio animasi yang berpusat di Korea Selatan, Lucas, telah mengeluarkan kenyataan dan mengumumkan bahawa mereka telah menghapuskan kempen tersebut dan ingin memohon maaf.

 

“Filem ini membawa mesej yang direka untuk mencabar prejudis sosial berkaitan dengan standard kecantikan fizikal dalam masyarakat dengan menekankan kepentingan kecantikan dalaman dan ahli pasukan kami merasa sangat bersalah kepada mereka yang rasa dimalukan atau tidak puas hati dengan iklan kami ini,” nyata Sujin Hwang, salah seorang penerbit filem tersebut.

 

Model plus sized Tess Holliday antara mereka yang pertama menyuarakan kekecewaannya pada media sosial: