Ceria Dengan Monogram World Tour Oleh LV - Glam Malaysia

Ceria Dengan Monogram World Tour Oleh LV

[soliloquy id=”58327″]

 

Jenama terkenal Luis Vuitton seringkali dikenali dengan monogram “LV” yang sentiasa ditampilkan pada produk mereka sejak permulaan jenama tersebut 162 tahun yang lalu.

 

Bersempena dengan perayaan Krismas tidak lama lagi dan anda tidak tahu apa yang mahu dibelikan untuk orang tersayang, Louis Vuitton telah mengeluarkan koleksi bagasi-bagasi dan juga tas-tas tangan  untuk koleksi F/W ’16 yang dihiasi dengan stiker-stiker yang sering digunakan dahulu kala untuk ditampalkan atas bagasi dan tas mereka.

 

Pengarah Kreatif LV Nicolas Ghesquière meluangkan masanya di dalam arkib Louis Vuitton dan menghasilkan rekaan-rekaan stiker yang boleh dikenakan dengan bagasi dan tas yang dikeluarkan dalam koleksi ini.

 

Stiker-stiker yang direka untuk koleksi ini melambangkan bandar-bandar kosmopolitan dan lukisan daripada gerakan Hyperrealistic. Koleksi yang dinantikan ini diberi nama ‘Monogram World Tour’ dan daripada bagasi Pégase sehingga ke Petite Malle yang digilai ramai kini, anda semua kini boleh mengembara dengan penuh gaya.

See also
Ketua Pengarang Vogue Arabia Dipecat Hanya Selepas Dua Isu

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid