Mahkota Berlian Ariana Grande Dilelong RM22,000 - Glam Malaysia

Mahkota Berlian Ariana Grande Dilelong RM22,000

 

Ariana Grande bakal melelong mahkota yang dipakainya buat sebuah penggambaran — bidaan bermula dari $5,000 (RM22,000).

 

Mahkota tersebut dihasilkan pada harga $675 dan disarung penyanyi petite itu ketika sebuah penggambaran promosi buat album “Dangerous Woman”. Ia diumumkan minggu lepas bahawa mahkota bertatahkan batu permata itu akan dilelong. Laporan dari Women’s Wear Daily berkata bahawa seorang pengumpul peribadi telah mengambil pemilikan mahkota tersebut dari Vauje Jewelry, sebuah jenama yang pakar dalam barangan kemas.

 

 

Mahkota tersebut direka oleh Mary Collins. Beliau [Mary] juga telah menghasilkan berbagai-bagai barangan kemas buat selebriti lain seperti Blue Ivy, Jason Derulo dan the Obama sisters. Mary berkata bahawa beliau mereka mahkota itu buar Ariana bukan kerana ingin mendapatkan pulangan yang hebat — ia dijual pada harga $675 di laman web jenama itu. Pihak Ariana telah cuba untuk melelong mahkota tersebut pada harga $10,000 tetapi gagal untuk mendapatkan pembeli — ia dikurangkan harga hampir separuh daripada yang asal.

See also
Tua Bukan Hanya Di Kulit

 

Namun demikian, pendapatan dari lelongan itu tidak akan diberi kepada badan-badan amal.