Beyoncé Memecah Rekod Selena Gomez dan Mengongsikan Foto Dari Penggambaran Peribadinya - Glam Malaysia

Beyoncé Memecah Rekod Selena Gomez dan Mengongsikan Foto Dari Penggambaran Peribadinya


 

Ikutan pengumuman Beyoncé mengenai kandungannya yang menggemparkan saya dunia hiburan semalam dengan sekeping foto di akaun Instagramnya yang sudah memecahkan rekod gambar paling banyak ‘Likes’ yang kini berjumlah sebanyak 8.8 juta dan masih lagi bertambah. Rekod sebelum ini dipegang oleh Selena Gomez dengan gambarnya untuk Coca Cola.

 

Peminat-peminat (dan juga selebriti-selebriti di Hollywood yang lain) meluahkan perasaan gembira mereka dengan pelbagai cara hanya dengan gambar yang dikongsikan oleh Beyoncé  semalam. Bersempena dengan Black History Month (sepanjang bulan Februari ini) Beyoncé memberikan peminat-peminatnya lagi alasan untuk meraikan kandungan kembarnya dengan foto-foto lain daripada penggambaran yang diadakan oleh penyanyi tersebut untuk membuat pengumuman tersebut.

See also
Cinta Pilihan Tunku Tun Aminah? Dennis Muhammad!

 

Beyoncé yang sebelum ini pernah mengalami komplikasi ketika kandungan pertamanya berasa sangat bersyukur untuk berupaya menimang Blue Ivy dan juga pasangan kembar  lelaki dan/atau perempuan yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

 

Disamping foto-foto itu, Beyoncé  juga mengongsikan beberapa bait sajak yang diberi tajuk “I Have Three Hearts” pada laman sesawangnya beyonce.com.

 

Lihat foto-foto yang dikongsikan Beyoncé melalui laman sesawangnya:

 

[envira-gallery id=”61575″]