Beyoncé: Info Yang Patut Anda Tahu Perihal Rumi dan Sir Carter - Glam Malaysia

Beyoncé: Info Yang Patut Anda Tahu Perihal Rumi dan Sir Carter

Dunia terhenti seketika (don’t judge me) apabila Beyoncé mengumumkan berita kandungannya pada Februari yang lalu melalui sekeping foto pada Instagramnya dan pada ketika itu juga boleh dilihat bahawa dia sudah pun sarat mengandungkan pasangan kembar Rumi dan Sir. Bulan-bulan berikutnya diikuti dengan desas-desus bila Beyoncé bakal melahirkan cahaya mata kedua dan ketiganya itu sehinggalah dia completely menghilangkan diri mulai bulan Mei. Ramai sudah mula berteka-teki perihal tarikh Rumi dan Sir dilahirkan. Beyoncé sendiri tampil menjawab solana tersebut dengan satu lagi foto di Instagram menampilkan dirinya sendiri bersama-sama anak kembarnya dalam kawasan rumah mereka di Malibu.

 

Walaupun kita sudah tahu bahawa pasangan kembar ini genap sebulan pada hari Beyoncé bekrognsikan foto kedua itu, masih banyak lagi yang belum dikongsikan oleh Beyoncé dan Jay-Z. Namun ada beberapa perkara yang telah di”sah”kan oleh TMZ dan nenek kepada Rumi dan Sir, Tina Knowles Lawson.

 

Tarikh sebenar dan siapa yang dilahirkan dahulu.

See also
KLFWRTW 2016 DAY 1: Style in The City

 

Mengikut laporan laman sama yang mengumumkan nama kembar ini, TMZ juga telah berjaya mendapatkan sijil kelahiran mereka yang menyatakan Rumi dilahirkan dahulu diikuti dengan adiknya Sir pada 13 Jun 2017, 5:31 pagi (Gemini sun and Aquarius moon).

 

Mereka berkongsi tarikh lahir dengan ramai nama besar.

 

Nampak gayanya Rumi dan Sir Carter bakal menyambung legasi Mary-Kate dan Ashley Olsen sebagai pasangan kembar paling ternama di dunia. Selain itu mereka juga turut berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Captain America Chris Evans, Tim Allen, dan pemenang RuPaul’s Drag Race Violet Chachki.

 

Blue Ivy suka menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang kakak.

 

Tina Knowles Lawson, nenek kepada Blue Ivy, Rumi dan Sir, mengesahkan bahawa Blue Ivy merasa sangat bangga dan teruja dengan kehadiran adik-adiknya.

 

Maksud nama Rumi dan Sir.

 

Nenek mereka juga merupakan orang pertama yang menerangkan maksud nama cucu perempuannay itu disebalik spekulasi dan teori orang ramai yang mengaitkan nama Rumi dengan seorang penyajak abad ke-13 Jalāl ad-Dīn Muhammad Rūmī. Tina berkongsikan bait-bait sajak daripada penyajak terkenal itu pada Instagramnya.

See also
Penampilan Rasmi Putera Harry & Meghan Markle Sebagai Pasangan

 

Dan masih tiada lagi penjelasan mengenai nama Sir. Tina sendiri memberitahu Entertainment Tonight dia akan membiarkan Beyoncé sendiri menerangkan maksud sebenar nama anak-anaknya.

 

We want to know more, Queen Bey!