Bella Hadid Wajah Baru Nike - Glam Malaysia

Bella Hadid Wajah Baru Nike

Jarang sekali model yang baru menempa nama di dunia fesyen terus bergandingan bersama bintang-bintang yang telah lama di industri. Bella Hadid membuktikan sebaliknya. Beliau telah dinamakan sebagai wajah baru bagi Nike!

 

 

 

Sememangnya 2016 merupakan tahun Bella melonjakkan kedudukannya dalam pentas fesyen antarabangsa. Beliau juga bakal meraga bagi Victoria’s Secret di samping menjadi wajah kempen Calvin Klein. Bella mengumumkan berita gembira itu dengan memuat naik gambarnya di Instagram bersama papan iklan Nike.

 

Bella sering dibandingkan bersama Gigi Hadid, yakni kakaknya yang juga merupakan seorang model. Walaubagaimanapun, Bella dan Gigi mempunyai identiti tersendiri yang tidak membuat mereka bermain bayang-bayang dibelakang satu sama lain!

 

 

 

To more amazing feats and blessed years in your career, Bella!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah