Bella Hadid Menang Anugerah Hugo Boss Model of the Year - Glam Malaysia

Bella Hadid Menang Anugerah Hugo Boss Model of the Year

Oleh: Nur Sofea
 
Gambar: Instagram Bella Hadid, TPGimages dan Dior
 
https://www.instagram.com/p/BKCbBPyA8db/?taken-by=bellahadid&hl=en
 
Bella Hadid kini melangkah lebih jauh dalam dunia peragaan. Dia berjaya merangkul anugerah Hugo Boss Model of The Year di majlis anugerah GQ Men of The Year 2016 yang berlansung di Tate Modern, London malam semalam.
 
t73013788_max
 
Duta Dior beauty ini tiba  di majlis itu dengan mengenakan solekan penuh dari Dior dalam dress nude off-shoulder rekaan Hugo Boss. Gayanya dilengkapi lagi dengan rantai choker berlian, cincin mewah dan sandal bertali cukup mendefinisikan simbol seksi dan elegan terkini.
 
t73013794_max
 
Wajahnya yang banyak menghiasi muka hadapan majalah terkemuka dunia pada awal tahun ini , serta penglibatan aktif untuk pementasan jenama gergasi seperti Fendi, Chanel dan Versace menjadikan sebab mengapa dia layak menerima anugerah ini. Malah, popularitinya terus menginjak apabila digelar power couple Hollywood bersama pasangannya, penyanyi dan penulis lirik The Weeknd!
 
Tampil cantik seperti Bella Hadid dengan produk solekan dari Dior yang digunakan jurusolek, Vincent Oquendo pada Bella Hadid pada malam GQ Men Awards.
 
[soliloquy id=”53043″]

See also
“Pengakhiran Impian Saya” - Gisele Bundchen Akhirnya Dedah Punca Perceraian