Bella Hadid: "I Am Proud To Be Muslim" - Glam Malaysia

Bella Hadid: “I Am Proud To Be Muslim”

Model Bella Hadid  yang sedang rancak menempa nama dalam industri fesyen lazim dikenali dengan keberanian beliau dalam menyuarakan pendapatnya baru-baru ini membincangkan satu topik yang jarang dibincangkan oleh model-model lain: agamanya.

 

 

Melalui penampilannya dalam majalah Porter Bellamenyatakan pendapatnya mengenai konflik yang menggegarkan bukan sahaja Amerika, malah masyarakat global apabila Presiden Trump mengusulkan polisi larangan perjalanan terhadap 7 negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

 

“Ayah saya merupakan seorang pelarian semasa dia tiba di Amerika, jadi isu ini memberi impak yang besar kepada kakak saya, adik saya dan juga diri saya,” terang model tersebut.

 

Mohamed Hadid (bapa kepada Bella, Gigi, dan Anwar) merupakan seorang mogul hartanah kelahiran Israel dan menetap di Syria, kemudiannya Lebanon sebelum berhijrah ke Amerika pada usia 14 tahun mengikut laporan Page Six.

 

“Dia sangat kuat agama, dan sentiasa sembahyang bersama kami. Saya bangga menhadi seorang Muslim,” nyata Bella kepada Porter.

See also
4 Bintang Ternama Menyaksikan Pelancaran Constellation Terbaru Omega, Manhattan

 

Sebelum ini, Bella dan adik-beradiknya (Gigi dan Anwar) tidak pernah menyatakan pegangan agama mereka secara terbuka sebelum ini.

 

Dalam isu Mac untuk Elle pula Bella berkongsi pengalamannya membesar dalam keluarga yang mempunyai pelbagai latar belakang.

 

“Saya telah mengalami pengalaman yang menarik di serata dunia… dan saya telah mempelajari yang kita semua hanya manusia, dan kita semua berhak menerima kehormatan dan kebaikan. Kita tidak patut melayan seseorang seperti mereka tidak berhak menerima kebaikan kerana etnik mereka. Itu tidak betul. Dan mesej–untuk menjadi seorang yang penyanyang–itu sangat penting bagi saya.”

 

Bulan lepas kakak Bella, Gigi Hadid, mencetuskan kontroversi apabila dia ditampilkan dalam muka hadapan isu pertama Vogue Arabia dengan memakai hijab.