Bella Hadid Duta Terbaru Jenama Jam Tangan Mewah Tag Heuer - Glam Malaysia

Bella Hadid Duta Terbaru Jenama Jam Tangan Mewah Tag Heuer

“Model of The Year” 2016 oleh models.com Bella Hadid tampaknya tidak akan berhenti mengembangkan sayapnya dalam kerjayanya walaupun baru berusia 20 tahun. Model muda ini sudah pun membintangi pelbagai kempen untuk jenama-jenama besar dan ini baru bulan kedua untuk 2017.

 

CEO TAG Heuer Jean-Claude Biver (kiri) dan Bella Hadid semasa A Fresh New Face For TAG Heuer di Equinox Bond Street
Foto: Bennett Raglin/Getty Images for TAG Heuer

Dalam usaha sebuah jenama Swiss, Tag Heuer untuk mendekati pasaran yang terdiri daripada Millenials, mereka telah memilih Bella Hadid untuk menjadi muka baru mereka.

 

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan Millenials ini, jam tangan bukanlah antara item yang mereka gunakan dengan kemajuan telefon bimbit mereka.

 

Bagi Bella pula jam tangan itu lebih daripada fungsinya untuk memberitahu waktu kerana jam tangan juga merupakan aksesori untuk menyempurnakan sesuatu rupa.

“Saya memakai jam tangan kerana ianya lebih mudah untuk melihat pergelangan tangan saya. Saya rasa, pada hari ini, mempunyai sebentuk jam tangan merupakan perkara yang cantik — lebih classy. Ayah saya merupakan seorang yang sangat sukakan jam. Jam tangan adalah item kecantikan, untuk rupa yang klasik,” terang Bella semasa acara pengumumannya sebagai duta Tag Heuer.

See also
Hailee Steinfeld: I Am Not Dating Justin Bieber

 

CEO Tag HeuerJean-Claude Biver turut menyatakan kegembiraannya dalam mengalu-alukan Bella sebagai salah seorang duta Tag Heuer seperti Cara Delevingne dan Martin Garrix.