Behati Prinsloo & Adam Levine Is Pregnant Again!

Behati Prinsloo & Adam Levine Is Pregnant Again!

ROUND 2…..

A post shared by Behati Prinsloo Levine (@behatiprinsloo) on

Hampir setahun yang lalu Dusty Rose Levine dilahirkan di California dan sekarang ibu dan bapanya, supermodel Behati Prinsloo dan penyanyi Adam Levine bakal menimang cahaya mata kedua mereka.

 

Ini mungkin boleh dianggap sebagai hadiah buat anak sulung mereka yang bakal menyambut hari lahir pertamanya tidak lama lagi.

 

Berita gembira ini dikongsikan oleh Behati, 28, semalam melalui akaun Instagramnya dengan menayangkan perutnya yang hamil itu.

 

Satu sumber juga menyatakan yang Adam sendiri merasa amat teruja dengan berita yang menakjubkan bagi dirinya dan keluarganya ini.

 

Memang menjadi impian buat Behati dan Adam untuk mempunyai sebuah keluarga yang besar.

 

Foto Instagram/behatiprinsloo

“Kedua-duanya sangat gembira dengan berita ini. Mereka sangat menyayangi Dusty dan tidak sabar untuk menjadikannya seorang kakak. Adam juga sudah memastikan jadualnya untuk tahun hadapan membeirkannya masa secukupnya untuk diluangkan bersama cahaya mata keduanya ini,” nyata sumber itu.

See also
Blue Ivy Mengenakan Dress Gucci Berharga RM7,983

 

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2014 dan kasih sayang mereka terhadap Dusty sukar diungkapkan dengan kata-kata. “Saya menyaayangi Adam dan apabil anda berkahwin dan anda jatuh cinta pada seseorang, anda berfikir yang tiada lagi cinta yang lebih agung daripada cinta itu. Kemudian anda dikurniakan dengan cahaya mata anda sendiri, itu juga merupakan cinta yang berada di tahap yang lebih tinggi,” ujar Behati lagi.