Beauty and The Beast Bakal Mengaut Keuntungan Sebanyak $1 Bilion - Glam Malaysia

Beauty and The Beast Bakal Mengaut Keuntungan Sebanyak $1 Bilion

Foto: Walt Disney Studios Motion Pictures/courtesy Everett Collection

Filem live-aksi fairytale Beauty and The Beast lakonan Emma Watson sebagai Belle  dan Dan stevens sebagai Beast yang menjadi kegilaan ramai buat masa ini dikatakan bakal mencecah garisan bilion dollar pada hujung minggu ini.

 

Beauty and The Beast mula ditayangkan pada 23 Mac yang lalu dan pada minggu pertamanya sahaja, filem tersebut telah mengaut keuntungan sebanyak $350 juta secara global dan $170 juta di box office Amerika.

 

Protagonis wanita Emma Watson juga dilaporkan bakal menerima bayaran sebanyak $20 juta untuk filem ini. $5 juta lebih daripada apa yang dilaporkan sebelum ini sekiranya keuntungan mereka lebih daripada keuntungan Maleficent $759 juta.

 

Diseny juga bakal menghasilkan beberapa lagi filem yang berkisarkan cerita-cerita klasik Disney seperti Mulan, Aladdin, Lion King, Peter Pan dan Dumbo.