Bayaran Emma Watson Sebagai Belle Untuk Beauty and The Beast - Glam Malaysia

Bayaran Emma Watson Sebagai Belle Untuk Beauty and The Beast

Adaptasi filem klasik Disney Beauty and the Beast yang ditangguhkan tayangannya di Malaysia baru-baru ini dilaporkan mengaut keuntungan yang besar pada minggu pertama pembukaan filem ini di pawagam-pawagam di Amerika Syarikat dan juga serata dunia.

 

 

Setakat ini filem tersebut sudah berjaya mengumpul sebanyak $350 juta melalui tayangan global dan $170 juta di box office Amerika Syarikat sekaligus menetapkan lima rekod box office.

 

Filem arahan Bill Condon itu kini memegang rekod pembukaan domestik dan juga antarabangsa ketujuh terbesar selepas Harry Potter.

 

 

Dengan keuntungan sebanyak ini, isu yang dipersoalkan sekarang adalah berapa banyak protagonis wanitanya, Emma Watson, akan dibayar ikutan kadar bayaran tidak sama rata yang berleluasa di Hollywood dan juga serata dunia?

 

Sumber mengatakan bahawa Watson telah dibayar sebanyak $3 juta sebagai pendahuluan dan akan menerima jumlah sebanyak $15 juta jika filem ini berjaya meraih keuntungan bersih seperti Maleficent  dengan jumlah $759 juta.

See also
Jessica Chastain Tied The Knot Di Itali

 

Jika laporan ini benar, nampaknya dunia perfileman Hollywood masih lagi berat sebelah dalam faktor pembayaran pelakon wanitanya jika dibandingkan dengan bayaran yang diterima oleh pelakon-pelakon lelaki.

 

Pelakon Captain America: Civil War Robert Downey Jr. di bayar sebanyak $40 juta mengikut laporan Variety.

 

Selebriti-selebriti seperti Viola Davis, Jennifer Lawrence, Gwyneth Paltrow, Sienna Miller, dan juga Beyoncé pernah bersuara mengenai isu ini dan keadaannya masih lagi sama setakat ini.

Jika seorang wanita melakukan kerja yang sama seperti seorang lelaki, dia patut diberi bayaran dengan kadar yang sama

 

Viola Davis, 2016