Eksklusif Ariana Grande & Pete Davidson, Mereka Sudah Bertunang!

Ariana Grande & Pete Davidson Sudah Bertunang!

Tanggal 9 Mei yang lalu, selain Pilihan Raya Umum ke-14, Ariana Grande juga telah mengumumkan bahawa dia dan Mac Miller sudah berpisah. Kini setelah bertemu dengan teman baru, bintang Saturday Night Live (SNL) Pete Davidson selepas perpisahannya itu, Grande dan Davidson kini dilaporkan sudah bertunang.

 

Grande dan Davidson mengumumkan berita gembira ini kepada teman-teman mereka sewaktu berada di majlis sambutan hari lahir Robbert Patinson di Los Angelese baru-baru ini. Jadi kini GLAM menyenaraikan kisah cinta Grande dan Davidson mengikut turutan kronologi untuk kefahaman khalayak umum sejak Grande mengacara rancangan SNL dua tahun yang lalu.

 

9 Mei 2018: Grande mengumumkan yang dia dan Miller kini sudah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.

12 Mei 2018: Grande menghadiri after part SNL dan dilihat menampilkan sarung telefon yang sama seperti Davidson di dalam gambar tersebut.


16 Mei 2018: Davidson mengumumkan yang dia telah berpisah dengan teman wanitanya, Cazzie David, dan menyatakan mereka kini hanya sekadar teman sahaja.

18 Mei 2018People mengeluarkan laporan eksklusif tentang hubungan Grande dan Davidson.

20 Mei 2018: Sewaktu Anugerah Muzik Billboard berlangsung, peminat Grande menyedari akan kehadiran Davidson bersama Grande pada malam itu. Hari ini juga peminat mereka juga menyedari bahawa kedua-duanya mempunyai rekaan tatu yang sama pada jari mereka. Malah Grande dan Davidson semakin rancak berkomunikasi secara telus di Instagram.


23 Mei 2018: Dalam kesibukan media melaporkan hubungan Grande bersama Davidson, kontroversi antara hubungan Grande dan Miller juga mula tercetus apabila seorang peminat menyalahkan dirinya akibat kemalangan yang menimpa Miller selepas dia memandu dalam keadaan mabuk. Grande tampil mempertahankan dirinya dan membaut hujah yang kuat untuk tidak menyalahkan wanita atas tindakan rakus bekas teman lelaki mereka dalam apa jua hubungan.


30 Mei 2018: Hubungan Grande dan Davidson menjadi Instagram Official apabila Davidson berkongsikan sekeping gambar menampilkan dirinya dan Grande lengkap dalam jubah Harry Potter merek (they are both Potterfans).

the chamber of secrets has been opened …

A post shared by Pete Davidson (@petedavidson) on

31 Mei 2018: Grande pula made it Instagram Official dengan foto mereka bersama dalam keadaan mesra.

i thought u into my life ? woah ! look at my mind ?⚡️?

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on

2 Jun – 9 Jun 2018: Cinta mereka makin berputik dengan luahan kasih sayang dan gurau senda antara kekasih yang sangat nyata melalui media sosial masing-masing.

hello i’m crying

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on

feel the love

A post shared by Pete Davidson (@petedavidson) on

Hari Ini: Laporan bahawa mereka sudah bertunang mula tular di Hollywood dan serata dunia ikutan laporan mereka sendiri mengumumkan berita gembira ini kepada teman-teman.