Ariana Grande Menangguhkan Konsert Jelajahnya Ikutan Kejadian Manchester - Glam Malaysia

Ariana Grande Menangguhkan Konsert Jelajahnya Ikutan Kejadian Manchester

Foto: Andrew Yates/Reuters

Jumlah mangsa terkorban sudah meningkat kepada 22 orang ikutan satu letupan di Manchester Arena lokasi di mana Ariana Grande baru sahaja membuat persembahan untuk konsert jelajahnya di Eropah.

 

Manakala 119 orang lagi telah dilaporkan cedera dan sedang menerima rawatan.

 

Georgina Bethany Callander, 18, dan Saffie Rose Roussos, lapan tahun, antara dua mangsa pertama yang telah dikenal pasti.

 

Ikutan kejadian tersebut, Grande membuat keputusan untuk menangguhkan jelajahnya di Eropah kerana dia kini berada dalam keadaan tidak stabil dan merasa amat bersalah terhadap mereka yang terkorban.

 

Satu sumber yang meghan didedahkan menyatakan bahawa Grande dan pasukannya kini memberikan lebih fokus kepada mereka yang menerima kesan ikutan kejadian tragik ini.

 

Letupan yang kini digelar sebagai kejadian keganasan oleh pihak berkuasa dan Perdana Menteri Theresa May dilaporkan terjadi pada jam 10:30 malam selepas Grande selesai dengan persembahannya. Bom itu juga dikatakan telah ditempatkan di kawasan pintu keluar arena tersebut.

See also
Pereka Harus Melalui Ujian Untuk Menggayakan Emma Watson

 

Serangan ini kini dianggap serang paling dahsyat dalam sejarah England semenjak kejadian pada tahun 2005.

 

Laporan juga menyatakan bahawa seorang lelaki yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan letupan berkenaan telah dijumpai maut dan pihak Daesh telah mengumumkan bahawa merek bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.