GAYA LEBIH ANGGUN MEWAH
  • FESYEN
    • KLFW
    • NYFW
    • LFW
    • MFW
    • PFW
  • CANTIK
  • GAYA HIDUP
    • DATIN X
    • KORNER MAK DATIN
    • RETORIK
  • PERSONALITI
    • APA SIAPA DI MANA?
  • GLAM SOCIETÉ
  • GLAM TV
  • GLAM PLUS
    • GLAM WEDDINGS
    • GLAM JUNIOR
    • GLAM HOROLOGI
  • GLAM DEKO
    • INSPIRASI
    • KEDIAMAN
    • GALERI DEKO
    • SANTAI
  • PROMOSI
Home / Berita / Ariana ‘7 Rings’ Grande vs. Anugerah Grammy

Ariana ‘7 Rings’ Grande vs. Anugerah Grammy

Ai Nazmi Norzaid
February 8, 2019

Peminat Ariana Grande dikejutkan minggu ini oleh pihak Anugerah Grammy apabila mereka mengumumkan bahawa penyanyi popular tersebut tidak akan hadir dan telah menarik diri daripada membuat persembahan Ahad ini di STAPLES Center, Los Angeles. Namun lain pula kisahnya apabila Grande sendiri tampil bersuara.

 

Sumber sebelum ini menyatakan Grande merasa "terhina" dengan tindakan penerbit Grammys yang enggan membenarkan penyanyi tersebut memilih lagu-lagu yang dia ingin persembahkan. Grande memilih untuk menyanyikan lagu terbarunya "7 Rings," di mana penerbit bersetuju dengan cadangannya dengan syarat ia harus dipersembahkan melalui medley dan mereka akan menentukan lagu-lagunya yang lain. Grande walau bagaimanapun enggan menurut syarat-syarat tersebut lantas berita tersebar dia tidak akah menghadiri majlis anugerah hujung minggu ini.

 

Gambar Chris Pizzello/Invision/AP/REX/Shutterstock

Ken Ehrlich, penerbit Grammys, menyatakan pihak mereka telah cuba untuk berhubung dengan Grande membincangkan hal ini namun Grande "merasakan tempoh yang diberikan adalah terlalu singkat untuk dia membuat persembahan." Namun kenyataan ini dibidas oleh Grande sejurus selepas berita ini tersebar.

 

Membawa hal ini ke Twitter dengan, “I’ve kept my mouth shut but now you’re lying about me,” mula Grande dalam Tweet tersebut.

Prev2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

i offered 3 different songs. it’s about collaboration. it’s about feeling supported. it’s about art and honesty. not politics. not doing favors or playing games. it’s just a game y’all.. and i’m sorry but that’s not what music is to me.

— Ariana Grande (@ArianaGrande) February 7, 2019


“I can pull together a performance over night and you know that, Ken. It was when my creativity & self-expression was stifled by you, that I decided not to attend,” sambung Grande lagi.

 

Hal ini menjadi rumit buat Anugerah Grammy kerana mereka menggunakan gambar Grande untuk mempromosikan majlis anugerah ini pada papan iklan. Rakan artis, Drake yang telah menerima pencalonan untuk tujuh kategori, telah mengumumkan dia sendiri tidak akan hadir dan membaut persembahan pada malam itu diberi peluang untuk meminta pihak Grammys agar tidak menggunakan gambarnya atas tujuan promosi. Kenapa perkara yang sama tidak boleh dilakukan buat Grande?

KONGSI DI Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
PREVIU ISU
MAJALAH
TERKINI
Edisi Digital

Banyak lagi dari GLAM

Kardashian Kecewa Dengan Revenge Porn Yang Dikongs...
5 Tips Mendapatkan Rambut Yang Sihat dan Menawan

Artikel Berkaitan Berita
Kebenaran Di Sebalik Cinta Ain Edruce Bersama Mill...
Victoria’s Secret Fashion Show Class of R...
Upacara Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jo...
#TheBurberryConservatory Berlabuh Di Malaysia
Emosi Tegang Lakonan Ain Edruce dan Miller Khan
Most GLAM 2018 Membuka Gerbang Surealisme
Kad Perkahwinan Meghan Markle dan Putera Harry Dih...
Pemergian Stan Lee Meninggalkan Legasi Besar Kepad...
Scarlett “I Can Be Anything” Johansson...

  • ABOUT US
  • ADVERTISING OPPORTUNITIES
  • BLU INC MEDIA
  • HUBUNGI KAMI
  • PROMOSI
glam-black-150

 

Copyright © 2017 Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). All right reserved.

Powered by CloudMeta Web Hosting