Anne Hathaway Meraikan International Women's Day Di PBB - Glam Malaysia

Anne Hathaway Meraikan International Women’s Day Di PBB

Selepas dilantik sebagai duta global goodwill kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Jun tahun lepas, pelakon Anne Hathaway membuat lawatan ke pejabat PBB untuk menyampaikan satu ucapan bersempena International Women’s Day.

 

Pelakon dan Duta Wanita Global Goodwill PBB Anne Hathaway di pejabat PBB di New York United.
Foto: Anthony Behar

Hathaway tampil sambil memakai dress merah (warna rasmi dalam sokongan tunjuk perasaan di Amerika A Day Without a Woman) oleh Hanako Maeda for ADEAM.

 

 

Dia memulakan ucapannya dengan berterima kasih kepada mereka yang telah mendahului generasi ini dalam merealisasikan polisi-polisi yang ada sekarang.

 

Pelakon dan Duta Wanita Global Goodwill PBB Anne Hathaway di pejabat PBB di New York United.
Foto: Anthony Behar

“Biar kita memberikan penghormatan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka mulakan dengan mengubah bahasa kita, dan seterusnya kesedaran kita, daripada jantina kepada peluang,” ucap Anne Hathaway.

 

“Every generation, must find their north,” sambung Hathaway lagi menekankan yang generasi baru harus terus maju ke hadapan untuk mencapai perubahan yang diinginkan.

See also
Persamaan Antara Obama, Steve Jobs, Einstein dan Zuckerberg

 

Dia juga turut memuji tindakan PBB apabila rakan pelakonnya Emma Watson mengasaskan kempen HeForShe yang diperkenalkan oleh Watson pada tahun 2014.