Angelina Jolie dan Brad Pitt Batalkan Penceraian? - Glam Malaysia

Angelina Jolie dan Brad Pitt Batalkan Penceraian?

 

Pasangan royalty Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie dikatakan akan membatalkan penceraian mereka, khabar Us Weekly. “The divorce is off,” kata sebuah sumber. “Mereka belum lakukan apa-apa lagi unutuk meneruskan penceraian tersebut selepas beberapa bulan dan tiada siapa fikir mereka akan lakukannya.”

 

Angelina memfailkan penceraian terhadap suaminya bulan September lalu. Pelakon Tomb Raider itu dikatakan mempunyai second thoughts akan perpisahan mereka itu. Angie dikatakan bahawa beliau menyesal akan keputusan itu.

 

She allegedly regrets the messy aftermath where people in her inner circle were “running a smear campaign” against Pitt.” “Beliau masih cintai dan sayangkan Brad,” sambung sumber itu. Angie juga telah mempertimbangkan untuk kembali bersamanya, jika beliau [Brad] buktikan bahawa beliau benar-benar komited akan berkeluarga bersama.

 

 

Menurut sumber Us Weekly, perdamaian tersebut seolah-olah mungkin terjadi. “Semua orang berpendapat bahawa mereka akan kembali bersama,” kata sebuah sumber. “Tidak menghairankan jika mereka mengumumkan bahawa mereka akan membatalkannya dan berusaha untuk menyelesaikan masalah.”

See also
Kumpulan Fifth Harmony Membidas Kritikan Terhadap Cara Mereka Berpakaian

 

Namun demikian, Entertainment Tonight pula berpendapat bahawa ia mungkin tidak seperti yang dikatakan ramai. Walaupun kes penceraian itu telah bergerak dengan perlahan, “hal ini kerana mereka berdua mengutamakan anak-anak, tetapi tiada perkara signifikan telah berubah dalam hubungan mereka.”