Amy Schumer Bakal Bintangi Filem Barbie - Glam Malaysia

Amy Schumer Bakal Bintangi Filem Barbie

One stereotype down to a better society!

 

 

GLAM dikhabarkan bahawa pelakon dan pelawak, Amy Schumer bakal membintangi filem live-action oleh Sony Pictures. Amy bakal memegang watak sebagai Barbie. Ya, permainan ikonik Barbie keluaran Mattel bakal dijadikan sebuah filem! Amy dijangkakan bakal menggubal semula skrp asal filem tersebut bersama adiknya, Kim Caramele, yakni juga merupangan pasangan penulisnya.

 

Mengikut The Hollywood Reporter, plot filem tersebut bakal merangkumi mereka yang menetap di dunia sempurna Barbie dan seorang gadis kemudiannya berasa bahawa beliau tidak tergolong dalam dunia itu. Gadis itu seterusnya dibuang negeri dan mengembara ke dunia sebenar, dimana beliau sedar bahawa menjadi unik itu merupakan sebuah aset.

 

Sejak kebelakangan ini, syarikat gergasi Mattel telah bertungkus lumus mengubah pelbagai stereotaip yang hangat diperkatakan oleh masyarakat kini dan berharap agar filem ini menjadi salah satu langkah mencegah pemikiran negatif itu.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

 

See also
Jessica Chastain Bimbang Dengan Perwakilan Wanita Selepas Cannes Film Festival