Amal Clooney Menyatakan Perkahwinannya Dengan George Clooney Membantu Kerjanya - Glam Malaysia

Amal Clooney Menyatakan Perkahwinannya Dengan George Clooney Membantu Kerjanya

Foto: ZUMA Press

Amal Clooney, isteri kepada pelakon ternama George Clooney menyatakan bahawa perkahwinan berprofil tingginnya bersama George membantu bidang pekerjaannya sebagai peguam hak asasi manusia antarabangsa.

 

Foto: WENN.com

Populariti mereka sebagai pasangan dan berita kandungan Amal dengan anak kembar mereka baru-baru ini memudahkan Amal untuk mengetengahkan isu-isu penting yang patut diketahui oleh orang ramai.

 

“Kebanyakan kerja saya berlaku disebalik tabir dan tidak dipertontonkan kepada orang ramai. Saya rasa jika lebih ramai orang memahami apa yang sedang berlaku kepada Yazidi dan ISI, dan jika ada tindakan daripada kesedaran itu, kita pasti boleh membantu clients saya, saya juga rasa dengan memberi publisiti yang lebih kepada kes ini adalah satu perkara yang baik,” terang Amal mengenai perkahwinannya yang sering menjadi topik perbualan ramai.

 

Amal Clooney dan Nadia Murad di Pejabat UN.
Foto: Luiz Rampelotto/EuropaNewswire

Amal sedang bekerjasama degan Nadia Murad, seorang mangsa perdagangan manusia untuk seks yang ditangkap oleh ISIS pada tahun 2014 dan telah diperkosa oleh sedozen lelaki sebelum melarikan diri tiga bulan kemudian.

See also
Apa Yang Kylie Jenner Inginkan Buat Hari Lahir ke-20?

 

Semenjak Amal dilaporkan mengandung sepasang cahaya mata sulung, dia dan George telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan Amal dan kadungannya tetapi pada masa yang sama Amal masih terus mencuba untuk membawa kesedaran kepada khalayak umum kepada isu-isu yang penitng.