Alexandra Shulman Bakal Meninggalkan British Vogue Jun Ini

Berita

Alexandra Shulman Bakal Meninggalkan British Vogue Jun Ini

115

Foto: PA

Baru sahaja diumumkan Emanuele Farneti sebagai ketua editor untuk Vogue Italia dan L’Uomo Vogue ikutan pemergian Franca Sozzani, British Vogue pula bakal memerlukan ketua editor baru menjelang Jun ini apabila ketua editor semasa Alexandra Shulman bakal meninggalkan takhtanya sebagai ketua editor British Vogue selepas 25 tahun.

 

Foto: Drapers

Kerjaya Alexandra dalam bidang kewartawanan bermula semasa dia menyertai majalah Over-21 sebelum bertukar kepada Tatler pada tahun 1982 di mana dia meluangkan masa selama lima tahun sebelum dilantik sebagai feature editor. Alexandra menyertai Vogue, juga sebagai feature editor, pada tahun 1988 dan kemudiannya menjadi editor untuk GQ pada tahun 1990 sebelum memegang British Vogue pada tahun 1992.

 

Foto: Mike Trow

“Walaupun saya mempunyai berbulan waktu untuk menyesuaikan diri saya dengan idea bahawa saya akan meninggalkan Vogue, ianya tidak bermakna saat mengumumkan perkara ini kurang sedih. Saya berasa sangat istimewa kerana berkesempatan untuk menjaga sebuah majalah yang hebat untuk tempoh waktu yang lama dan lebih lagi berpeluang untuk bekerja dengan ramai orang dalam tempoh itu yang telah membuatkan pengalaman ini sangat menarik,” luah Alexandra.

 

Ianya bukan keputusan yang mudah untuk dibuat oleh Alexandra setelah meluangkan masa di Vogue selama 25 tahun tetapi pada masa yang sama dia teruja untuk mengetahui apa yang tersedia untuknya pada masa akan datang.

 

Foto: Linda Brownlee

Nicholas Coleridge dan Jonathan Newhouse telah memberikan Alexandra satu ruang untuk mengarang majalah penting ini dengan cara yang dia mahukan dan untuk itu Alexandra berasa sangat bersyukur untuk peluang tersebut.

 

“Alex merupakan editor yang paling berjaya dan telah berkhidmat untuk tempoh yang paling lama sepanjang 100 tahun sejarah Vogue,” ucap pengarah Condé Nast Britain.

 

Pengumuman mengenai pengganti Alexandra akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

Your email address will not be published. Required fields are marked *