Keputusan Berani Kate Middleton Sewaktu BAFTA 2018 Kelak

Adakah Kate Middleton Akan Dikecam Kerana Memilih Untuk Memakai Hitam Sewaktu BAFTA Kelak?

Kate Middleton, Duchess of Cambridge sewaktu BAFTA ke 70 tahun lalu.
Foto Karwai Tang/WireImage

Musim anugerah tahun ini memberikan erti yang baru buat kaum wanita dengan gerakan seperti #MeToo dan #TimesUp yang menggunakan acara karpet merah anugerah-anugerah berprestij ini sebagai landasan untuk menunjukkan solidariti mereka dan memberikan kesedaran kepada masyarakat global.

 

Kini di tanah British, barisan selebriti wanita yang bakal membuat penampilan untuk British Academy of Film and Television Awards 2018, atau BAFTA, sudah berikrar untuk meneruskan perjuangan saudara perempuan mereka dengan mengenakan persalinan serba hitam sebagai solidariti. Namun kini semua perhatian diberikan kepada Duchess of Cambridge Kate Middleton.

 

Istana Kensington telah membuat pengumuman rasmi menyatakan Duke dan Duchess of Cambridge bakal menghadiri acara anugerah BAFTA.

 

Sebagai seorang ahli kerabat diraja, beliau tidak dibenarkan untuk menunjukkan sebarang kenyataan politik, in this case dengan mengenakan busana hitam. Dan jika dia tidak berbuat demikian pula, masyarakat global pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencaci Duchess of Cambridge kerana enggan menyokong gerakan anti-gangguan seksual ini.

See also
Pasangan Clooney Welcomes Ella dan Alexander Clooney

 

Namun jika difikirkan semula, gerakan besar ini tidak melibatkan sebarang unsur politik (very vaguely) kerana ia memperjuangkan hak kesetaraan antara jantina. Duchess of Cambridge juga tidak asing lagi dengan perjuangannya dalam memberi kesedaran tentang kesihatan mental bersama-sama suaminya, Putera William. Salahkah jika dia ingin memberi sokongan kepada gerakan yang menentang sesuatu yang salah dari segi moral? Kenapa tiada siapa mempersoalkan Putera William juga?

 

Nantikan kemunculan Kate Middleton (dan Putera William) atas karpet merah BAFTA tanggal 18 Februari ini!